OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
Tanah Rancangan FELDA Ulu Jempol terletak dalam daerah Maran dan jaraknya 70 kilometer dari Bandar Kuantan .Tanah rancangan ini telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit secara berperingkat bermula pada tahun 1963. Peringkat Pertama bermula pada tahun 1963 Peringkat Kedua pada tahun 1964, Peringkat Ketiga pada tahun 1965, Peringkat Keempat pada tahun1965 dan Peringkat kelima seluas 464.90 hektar yang telah dimajukan pada tahun 1968. Seramai 569 keluarga Melayu telah ditempatkan di tanah rancangan ini bermula pada bulan November tahun1965.[1]
Menurut Encik Othman Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Felda Ulu Jempol, pada peringkat awal Felda ini dikenali dengan nama Felda Bukit Tebuk. Nama ini diberikan kerana ketika itu pada tahun 1960-an hanya Felda Ulu Jempol sahaja yang ada di kawasan berhampiran Bandar Tun Razak Jengka. Kawasan sekitar Felda Ulu Jempol masih diliputi hutan tebal. Felda yang berhampiran seperti Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4 Felda Jengka 5, Jengka 6 dan Jengka 7 hanya dibuka pada awal tahun 1970-an.[2]
assalam..hamba generasi ke 3 felda ulu jempol kini berusia 42 tahun.asalnya arwah tok hamba dapat felda lurah bilut tapi atas sebab tertentu tak pergi.kemudian masuk felda ulu jempol ditempatkan di peringkat 2.masuk felda tahun 1967.kemudian arwah ayah hamba pun menyertai felda juga dan dtempatkan di felda kota gelanggi 2.sejujurnya hamba membesar dan bersekolah di ulu jempol dan jengka 2.Hamba dibesarkan oleh arwah tokwan dan tok dari kecil lagi.rindu zaman 80an
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamRamai org luar keliru, bila sebut 'Jempul' semua fikir di Negeri Sembilan. Yg membezakannya
BalasPadamFelda Ulu Jempul (Phg) - Jempul (N.9)