ARKIB : 03/03/1998
Menyedari hakikat ini, penduduk
Felda Cahaya Baru, Masai mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk
di kawasan tersebut.
Baru-baru ini, 500 orang
menyertai sukan keluarga anjuran UMNO cawangan dan tabika Cahaya Baru bagi
mengeratkan silaturahim keluarga rancangan Felda berkenaan.
Ini merupakan kali pertama
penduduk bergabung tenaga untuk mengadakan majlis seumpama itu bagi memupuk
semangat kejiranan di kalangan penduduk.
Berbagai-bagai acara diadakan
untuk kanak-kanak seperti menyusun huruf, memadankan angka dengan nilai,
mencari barang dalam tepung, meniup belon, mengisi air dalam botol dan kerusi
muzik.
Kaum ibu dan bapa juga
memeriahkan lagi sukan keluarga berkenaan dengan menyertai acara tarik tali,
lari dalam guni, mencari barang, masakan dan gubahan, menganyam ketupat,
mencucuk jarum dan mengupas kelapa.
Pada majlis itu juga diadakan
penyampaian sijil-sijil kepada kanak-kanak tabika oleh Ketua UMNO Cawangan
Felda Cahaya Baru, Mohd. Nasir Abdul Rahman, yang seterusnya menyampaikan
hadiah kepada para peserta.
Mohd. Nasir berkata, tujuan
diadakan sukan keluarga itu adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan di
kalangan para penduduk yang bilangannya agak besar.
''Kami akan menjadikan acara
ini sebagai acara tahunan kerana ia ternyata boleh menimbulkan kesan mendalam
di kalangan keluarga peneroka di sini,'' ujarnya.
Oleh: MOHAMAD ALI ISMAIL
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_10.htm#ixzz4FcAlQgfx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan