Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 12 atau nama ringkasnya SMK Jengka 12, merupakan sebuah
Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 12. Sekolah ini mula
ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menumpang di bangunan SK(LKTP) Jengka. Seramai
123 orang pelajar telah mendaftar masuk serta 11 orang guru dan 2 orang
kakitangan sokongan telah ditugaskan. Pada Januari 2003 bangunan sekolah SMK
Jengka 12 siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya.[1]
Dari aspek pentadbiran seramai 4 orang pengetua telah berkhidmat
di SMK Jengka 12. Pada awal penubuhan,sekolah ini tidak mempunyai pengetua dan
hanya ada pemangku pengetua iaitu Tuan Haji Hayudin Bin Mad Suhur daripada tahun 2002
hingga tahun 2004. Pengetua pertama yang mentadbir SMK Jengka 12 adalah Hajah
Wan Maimon Binti Wan Nawi yang berkhidmat selama empat tahun iaitu daripada
1/1/2004 hingga 30/6/2008. Pengetua ini juga telah memohon lonjakan saujana di
atas lonjakan peratus PMR pada tahun tersebut dan mendapat gelaran Pengetua
Cemerlang di atas permohonan tersebut dan kini beliau telah berkhidmat di SMK
Jengka 2.
Pengetua seterusnya adalah Encik Bahari Bin Mat yang berkhidmat selama
3 tahun daripada tahun 2008 hingga tahun 2011. Pada tahun 2012 Encik Bakri Bin
Mohd Saleh pula meneruskan pentadbiran di SMK Jengka 12. Tetapi tidak lama
pentadbiran beliau atas permasalahan tertentu iaitu dari bulan 3 hingga bulan 6
tahun 2012.seterusnya Puan Hajah Hafidzah Binti Jono yang merupakan pengetua
SMK Jengka 12 terkini yang memulakan perkhidmatannya pada 2 Januari 2013.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan