RKIB : 07/03/2000
Saudara Pengarang,
APABILA sahaja hak milik
diserahkan oleh kerajaan negeri kepada peneroka, bererti tanah tersebut sah
menjadi hak milik mereka.
Persoalannya sekarang peneroka
yang mendapat hak milik seolah-olah tidak diperakui mempunyai hak sebagai
pemilik tanah walaupun mendapat geran tanah. Untuk mendapat hak milik syarat
utama peneroka hendaklah menjelaskan segala hutang piutang dengan Felda.
Felda masih mengongkong
peneroka mesti menjual buah kelapa sawit ke Felda walaupun harga yang
ditawarkan adalah rendah iaitu mempunyai perbezaan antara RM30 hingga RM45.
Satu metrik tan buah kelapa sawit. Setiap peneroka mampu menghasil lebih kurang
8 tan hingga 10 tan buah kelapa sawit setiap bulan. Bererti setiap peneroka
dapat antara RM200 hingga RM300 sebulan jika buah dijual ke kilang Felda jika
dibandingkan dengan pembeli luar sama pembeli haram mahupun pembeli sah.
Pihak PORLA pula adalah talam
dua muka kerana tidak mahu meluluskan lesen menjual kepada peneroka yang
mempunyai hak milik yang sah. Sehubungan ini membenarkan pula pembeli haram (tanpa
lesen) di kawasan Felda tanpa apa-apa tindakan kepada pembeli haram. Tindakan
hanya diambil kepada peneroka sahaja dengan merampas buah peneroka dan
mendenda. Adalah luar biasa undang-undang hari ini di mana pembeli tanpa lesen
boleh membeli buah peneroka secara bebas tanpa sekatan undang-undang. Paling
menjolok mata timbang-timbang haram ini dibina ataupun beroperasi di
tanah-tanah Felda dan bersempadan dengan Felda.
PORLA pula hanya memejamkan
mata masalah ini kerana mereka sendiri mempunyai kepentingan peribadi, mereka
nampak kaya peneroka tidak mahu mengikut peraturan sedangkan PORLA, pembeli
buah lebih teruk lagi dari peneroka. Peneroka yang menjual mempunyai hak milik
yang sah sedangkan pembeli wujud di ladang-ladang tanpa lesen.
Paling malang pula PORLA
mengeluarkan lesen membeli buah kelapa sawit dalam satu daerah hingga sampai 5
lesen sedangkan kawasan yang ditanam sawit tidak sampai 1,000 ekar.
Kelulusan yang
sewenang-wenangnya menyebabkan pembeli terpaksa pula membeli buah yang tidak
ada lesen menjual bagi mengelak kerugian pentadbiran dan operasi.
Difahamkan dalam daerah di
negeri Pahang ini hampir 50 buah timbang haram yang beroperasi di dalam tanah.
Felda di rancangan tanpa lesen. Pembeli ini bebas beroperasi tanpa apa-apa
sekatan kerana PORLA sendiri mengadakan timbang haram tidak dikawal oleh
satu-satu kilang sahaja.
Di sini dicadangkan kepada
PORLA supaya tidak meluluskan lesen sesuka hati kerana akan menimbulkan masalah
sesama pembeli buah kelapa sawit.
Diharapkan juga PORLA membanteras
pembeli buah sawit secara haram bagi memastikan PORLA tidak dipandang serong
oleh masyarakat. - PEMBELI ADA LESEN, Keratong, Pahang
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm#ixzz4T5VGkkGB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan