Khamis, 7 April 2016

SEJARAH FELDA JENGKA 1





OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
 Foto 1- Kawasan perkampungan Felda Jengka 1
Foto 2- Sekolah Agama Rakyat Felda Jengka 1 (Foto sumbangan Ani Nurul Asmira Abdullah)
Tanah Rancangan Felda Jengka 1 terletak dalam daerah Maran dan rancangan pembangunan wilayah ini telah dibangunkan pada tahun 1966. Seramai 545 keluarga peneroka yang terdiri daripada 538 keluarga Melayu dan 7 India telah ditempatkan  di tanah rancangan ini bermula dari bulan Mei 1970.[1]Bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka peringkat rendah, maka Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1 ditubuhkan pada 5 Ogos 1970. Sekolah rendah ini merupakan sekolah rendah pertama dibuka di tanah rancangan Felda Jengka. Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 atau nama ringkasnya SK (Felda) Jengka 1, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 1.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 memiliki 141 pelajar lelaki dan 139 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 280 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.[2]


[1] Nordin Hussin, Jengka 1966, (Kuala Lumpur: Federal Land Development Authority FELDA, 2001),43.
[2] Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 1, http://ms.wikipedia.org/wiki, (diakses pada 1 Februari, 2015). 

3 ulasan:

  1. tahniah tuan ada usaha mendokumentasikan sejarah Felda Jengka 1. banyak juga news saya berkaitan dengan Felda Anggerik Jengka 1 kini Kampung Anggrik Jengka 1. Pernah menjawat setiausaha JKKK dan mengajar di SK ( LKTP) Jengka 1 selama 17 tahun. Bercerita tentang rancangan ini beberapa tokoh tempatan perlu dicatat seperti Allahyarham Mat Kamdan peneroka pertama Jengka. Allahyarham Tambi chik Ali, Allahyarham Mat Dali Shafie, Allahyarham Otham Selangor, Allahyarham Pak Haron, Allahyarham Abu Bakar Isa ( pengerusi JKKR), Allahyarham Ismail Budin, Ust Misbah Kordi, Abdullah Ani, Mohamad Dollah, Ramlus Abas, Allahyarham Mat Desa, Allahyarham Imam Wan,Hj Md Nen Kassim, PJK - penerima anugerah mas Felda, Mohd Akhir Awang ( Pengerusi JKKK ) terkini.dan tokoh muda Ust Hj Yunan Abd Samad Yang Dipertua Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Negeri Pahang... nota : hanya menyebut beberapa nama sahaja....

    BalasPadam
  2. Satu usaha yg didokumentasi secara terbaik sbg mengingati kembali sejarah awal kampung kita.

    BalasPadam
  3. Ank jgka 1... Terima kasih ats info d ats...

    BalasPadam