SEORANG
anggota tentera mengangkat kotak mengandungi air botol sumbangan Najib ke SMK
Chini, Pekan semalam.
PEKAN –
Sebanyak 252,000 botol air minuman akan diagihkan kepada penduduk di kawasan
Chini dekat sini yang keputusan bekalan air bersih ekoran fenomena El Nino yang
sedang melanda negara.
Bantuan fasa
pertama itu merupakan sumbangan daripada Perdana Menteri yang juga Ahli
Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil).
Ahli Dewan
Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut sudah
mula diberikan kepada penduduk yang memerlukan air bersih sejak Isnin lalu
dengan bantuan Briged 4 Mekanize Kuantan dan proses agihan dijangka selesai
pada Sabtu ini.
“Air minuman
ini akan diberikan kepada setiap penduduk yang terjejas di kawasan penempatan
Felda, kampung tradisional dan perkampungan Orang Asli selain tempat-tempat
awam termasuk sekolah dan rumah ibadat.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bekalan air minuman di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chini di sini semalam.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz47DcsjAjn
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan