Jumaat, 29 April 2016

PM hantar bekalan air minuman kepada penduduk Chini


 
SEORANG anggota tentera mengangkat kotak mengandungi air botol sumbangan Najib ke SMK Chini, Pekan semalam.

PEKAN – Sebanyak 252,000 botol air minuman akan di­agihkan kepada penduduk di kawasan Chini dekat sini yang keputusan bekalan air bersih ekoran fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Bantuan fasa pertama itu merupakan sumbangan daripada Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil).

Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada penduduk yang memerlukan air bersih sejak Isnin lalu dengan bantuan Briged 4 Mekanize Kuantan dan proses agihan dijangka selesai pada Sabtu ini.

“Air minuman ini akan diberikan kepada setiap penduduk yang terjejas di kawasan penempatan Felda, kampung tradisional dan perkampungan Orang Asli selain tempat-tempat awam termasuk sekolah dan rumah ibadat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bekalan air minuman di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Chini di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz47DcsjAjn Hakcipta terpelihara

Isnin, 25 April 2016

Felda United tersungkur di Ipoh

ISNIN 25.4.2016
Oleh SAHLIZAH MOHAMED
PEMAIN Perak, Ahmad Khairil Anuar (tengah) berjaya mengawal bola daripada dirampas pemain Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Perak menang 3-2.

PERAK bangkit garang selepas ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Perak meleburkan rekod tanpa kalah skuad yang mendapat jolokan The Fighters itu yang kekal kebal dalam lapan perlawanan liga sebelum ini.

Walaupun mengalami kekalahan, namun Felda United yang berkongsi 21 mata dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) masih kekal menerajui carta liga dengan kelebihan jaringan.

Perak yang sebelum ini menduduki tangga kesepuluh, melonjak ke tangga kelapan liga dengan mengumpul 10 mata dan ia merupakan kemenangan pertama skuad kendalian Syamsul Saad itu di gelanggang sendiri musim ini.

Pada aksi malam tadi, tuan rumah terlebih dulu memecah kebuntuan apabila memperoleh jaringan pembukaan menerusi Muhammad Firdaus Saiyadi (m-12), namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Felda United bangkit menjaringkan dua gol menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-23 dan ke-33.

Pada separuh masa kedua, Perak seolah-olah buntu untuk meloloskan diri, namun usaha keras mereka akhirnya berbaloi apabila dihadiahkan dua gol pada penghujung perlawanan menerusi jaringan pemain import, Elias Fernandes pada minit ke-75 dan ke-81.

Walaupun ketinggalan, Felda tetap memberi tentangan tetapi benteng pertahanan Perak kental bertahan dan kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.

Pada satu lagi perlawanan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah harus menyalahkan diri mereka sendiri selepas tewas 2-3 kepada T-Team.

Penyerang import T-Team, Patrict muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 ketika permainan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Sebelum itu, Patrict telah menjaringkan gol kedua T-Team pada minit ke-40 selepas jaringan pembukaan oleh Mohd. Asrol Ibrahim (m-31).

Pulau Pinang pula memperoleh jaringan mereka pada separuh masa kedua menerusi Reinaldo Lolo pada minit ke-62 dan Osas Ikpefua (m-74).

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz46nXzNDjd Hakcipta terpelihara

Rabu, 20 April 2016

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  5-2 Sarawak

Pahang FC 4-3 Kelantan

T-Team 4-1 Kedah

Felda United 4-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27,m-87 Lutfullah Turaev
m-93 Fancis Fokey Doe

Selangor 1-0 Pulau Pinang
m- 16  Olivi

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  5-2 Sarawak

Pahang FC 3-2 Kelantan

T-Team 2-1 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah Turaev

Selangor 1-0 Pulau Pinang

m- 16  Olivi

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  4-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah Turaev

Selangor 1-0 Pulau Pinang

m- 16  Olivi

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 20.4.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  1-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah

Selangor 1-0 Pulau Pinang

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 20.4.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  1-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah

Selangor 1-0 Pulau Pinang

The Fighters enggan lepas takhta liga

JDT hanya tunggu masa untuk rampas teraju
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  20 April 2016 12:46 AM
ALI ASHFAQ
ALI ASHFAQ
KUALA LUMPUR 19 April - Selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut, pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mahu pemainnya mengekalkan rekod cemerlang dan mempertahankan kedudukan pendahulu Liga Super apabila menerima kunjungan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka esok.
Menurut Irfan, hanya kemenangan mampu menjamin skuad The Fighters untuk kekal di persada liga kerana pasukan tangga kedua, Johor Darul Ta’zim (JDT) menunggu masa untuk melihat mereka melakukan kesilapan.
“Kami sudah menang tiga perlawanan berturut-turut dan sudah pasti saya mahu pemain mengekalkan rekod tersebut dalam usaha terus kekal di tangga teratas. Jika perkara sebaliknya berlaku ia akan memberi ruang kepada JDT untuk memintas.
“Ketika ini prestasi PDRM sedang meningkat maka kami perlu berhati-hati, malah jika penyerang Ali Ashfaq diturunkan esok saya mahu pemain saya mengawasinya dengan baik.
“Dalam perlawanan esok juga saya tidak dapat menurunkan Hasni (Zaidi Jamian) kerana sudah mengutip tiga kad kuning,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Felda berjaya meraih tiga kemenangan berturut-turut selepas menumpaskan Pahang 2-0, diikuti Terengganu (4-1) dan Selangor (3-1), sekali gus membolehkan mereka berada di puncak Liga Super dengan 18 mata, satu mata di depan JDT.
Sementara itu, JDT turut mencari tiga mata kemenangan selepas seri 2-2 ketika menentang Kelantan dalam aksi terdahulu apabila menentang Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Dalam pada itu, Selangor yang menduduki tangga ketiga perlu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka meskipun tugas itu kelihatan sukar apabila skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bakal menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Ekoran daripada kekalahan dalam aksi terakhir liga menentang Felda United, Selangor menerima tekanan hebat daripada penyokong mereka.
Menentang Pulau Pinang esok di laman sendiri seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengembalikan semula kepercayaan peminat terhadap skuad Red Giants.
Dalam satu lagi aksi tumpuan, Kedah perlu melupakan seketika kejayaan menumpaskan JDT 2-1 dalam separuh akhir pertama Piala FA, minggu lalu apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk menentang Terengganu FC II.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Kelantan turun dengan misi membawa pulang tiga mata penuh apabila berdepan pasukan tangga tercorot, Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/the-fighters-enggan-lepas-takhta-liga-1.277752#sthash.NQAi7Y2a.dpuf

Ahad, 10 April 2016

Padang tiruan kelebihan buat Felda

Oleh M. RIZAL NOR
 
PARA pemain Felda United meraikan kejayaan menewaskan Selangor 3-1 pada aksi Liga Super di Jengka kelmarin.

FELDA United semakin selesa beraksi di atas padang rumput ti­ruan apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut di laman sendiri kelmarin.

Kali ini, gergasi Lembah Klang, Selangor menjadi mangsa Felda United dengan jaringan 3-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Ketua Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim berkata, anak-anak buahnya berjaya mempamerkan mutu permainan yang mantap sehingga membolehkan mereka mengutip tiga mata penuh untuk menerajui Liga Super dengan 18 mata.

“Saya sangat berpuas hati dan hanya pujian yang mampu saya berikan kerana menewaskan pasukan hebat seperti Se­langor satu kepuasan bagi kami.

“Biarpun Selangor memulakan serangan pada awal permainan, namun anak-anak buah saya berjaya menyerap segala tekanan dan hasilnya kami memperoleh gol awal pada minit kesembilan menerusi Mohd. Hadin Azman,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata, pemain di setiap posisi beraksi dengan baik menerusi corak permainan kemas sehingga berjaya merantai jentera serangan Gergasi Merah yang diketuai oleh Patrick Ronaldinho.

“Saya juga kagum dengan aksi mantap penjaga gol, Mohd. Fahrizal Harun yang beraksi cemerlang untuk menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pihak lawan,” ujarnya.

Menurut Irfan Bakti, kerjasama mantap dalam kalangan pemain sepanjang 90 minit perlawanan antara kunci kejayaan dan kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kejayaan ini kita hadiahkan kepada lebih 9,000 penyokong yang hadir malam ini (kelmarin) dan kita harap lebih ramai warga Felda turun untuk memberi sokongan pada perlawanan akan datang,” jelasnya.

Pada aksi malam kelmarin, Felda Uni­ted membuka tirai jaringan menerusi Hadin pada minit kesembilan, namun Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi Ronaldinho.

Anak buah Irfan Bakti tidak menunggu lama apabila Zahrahan Krangar mele­dakkan gol kedua empat minit kemudian menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Sorakan penyokong Felda United bergema lagi apabila Francis Forkey Doe menjaringkan gol ketiga pada minit ke-77, sekali gus memadamkan hasrat Selangor untuk meleburkan rekod tanpa kalah The Fighters.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz45Qhes5aa Hakcipta terpelihara

Sabtu, 9 April 2016

Felda United kembali ke puncak

 
PEMAIN Felda United, Christie Jayaselan (depan terjatuh) diasak keras oleh pemain Selangor, Muhammad Nazmi Faiz pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka semalam yang berkesudahan Felda menang 3-1.

FELDA United kembali menerajui takhta Liga Super selepas meraih kemenangan bergaya 3-1 ke atas Selangor pada aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

Kemenangan yang diperoleh skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu membolehkan mereka memungut 18 mata, sekali gus meninggalkan pendahulu terdahulu, Johor Darul Takzim (Johor DT) di tangga kedua dengan kelebihan satu mata.

Johor DT sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Kelantan pada aksi yang berlangsung di Kota Bharu malam tadi.

Tumpuan perlawanan semalam sudah pastinya terarah kepada pertembungan antara Felda United dengan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka dengan kedua-dua pasukan tampil dengan aksi yang cukup memukau.

Walaupun Selangor yang dilihat lebih bertenaga di awal permainan, tetapi skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu gagal mempertahankan rentak konsisten sebaik Felda United mendapat rentak mereka yang sebenar.

Dengan sokongan padu daripada penyokong tegar mereka, Felda United bagaikan harimau kelaparan apabila tidak jemu-jemu mengasak gawang pasukan Selangor yang menyaksikan mereka memperoleh gol pembukaan seawal minit kesembilan menerusi Rahan Zah Krangar.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama walaupun sebelum itu mereka banyak memiliki peluang untuk menggandakan jaringan.

Aksi pada separuh masa kedua agak seimbang kerana kedua-dua pasukan sering berbalas serangan, namun Selangor lebih bernasib baik kerana berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-71 menerusi Patrict Ronaldinho.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Felda United yang semakin garang melancarkan gerak.

Hasilnya, mereka berjaya menjaringkan dua gol dan sekali lagi menerusi Krangar pada minit ke-75 sebelum Forkey Doe mengesahkan kemenangan 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-77.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz45K8iEnLB Hakcipta terpelihara

Khamis, 7 April 2016

SEJARAH FELDA JENGKA 4


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

       Pintu Gerbang, jalan masuk utama ke Felda Jengka 4
      Tanah Rancangan Felda Jengka 4 terletak dalam daerah Maran dan 26 kilometer dari Bandar Pusat Jengka. Tanah rancangan ini telah dimajukan oleh Felda pada tahun 1967 dan mempunyai dua peringkat pembangunan dengan keluasan kawasan tanaman kelapa sawit seluas 1,412.35 hektar dan 123.85 hektar kawasan perkampungan. Pembangunan Peringkat Satu merangkumi tanah seluas 412.92 hektar dan Pembangunan Peringkat Kedua bermula pada tahun 1968 dengan merangkumi kawasan seluas 999.43 hektar. Wilayah pembangunan Jengka 4 telah mengeluarkan hasil yang pertama pada bulan Januari 1972.[1]

      Menurut Muhammad Salleh Ismail peneroka asal Jengka 4, beliau mula menjadi peneroka pada 3.6.1971.[2] Sebelum menjadi peneroka beliau bekerja sebagai buruh menanam kelapa sawit di Felda Jengka 4. Selepas selesai kotrak menanam sawit pihak pengurusan mempelawa semua buruh yang menanam sawi supaya memohon menjadi peneroka dengan syarat mengisi borang permohonan dan balik ke kampung untuk melangsungkan perkahwinan.[3] Beliau tinggal di rumah No 108 Felda Jengka 4 dan merupakan peneroka yang masuk ke Felda Jengka 1 Peringkat 1. Manakala Imam 1 Felda Jengka 4 pula mula memasuki Felda Jengka 4 pada tahun 1973. Beliau berkelulusan Maahad Muhamadi Kota Bharu dan sekolah pondok di Kelantan. Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Imam II Masjid Jengka 4. Beliau menetap di No 185  Felda Jengka 4.[4]
    Penoka asal Felda Jengka 4 Muhammad Salleh Ismail.




[1]Nordin Hussin, “ Jengka 1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),45.
[2] Temu ramah dengan Muhammad Salleh Ismail pada 8.4.2012
[3] Ibid.
[4] Temu  ramah dengan Haji Wan Abdullah Wan Yahya pada 1 April 2014.

SEJARAH FELDA ULU JEMPOL

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.


Tanah Rancangan FELDA  Ulu  Jempol  terletak  dalam  daerah   Maran  dan jaraknya 70 kilometer dari Bandar Kuantan .Tanah rancangan ini telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit secara berperingkat bermula pada tahun 1963. Peringkat  Pertama bermula pada tahun 1963 Peringkat Kedua pada tahun 1964, Peringkat Ketiga pada tahun 1965, Peringkat Keempat pada tahun1965 dan Peringkat kelima seluas 464.90 hektar yang telah dimajukan pada tahun 1968. Seramai 569 keluarga Melayu telah ditempatkan di tanah rancangan ini bermula pada bulan November tahun1965.[1]

      Menurut Encik Othman Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Felda Ulu Jempol, pada peringkat awal Felda ini dikenali dengan nama Felda Bukit Tebuk. Nama ini diberikan kerana ketika itu pada tahun 1960-an hanya Felda Ulu Jempol sahaja yang ada di kawasan berhampiran Bandar Tun Razak Jengka. Kawasan sekitar Felda Ulu Jempol masih diliputi hutan tebal. Felda yang berhampiran seperti Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4 Felda Jengka 5, Jengka 6 dan Jengka 7 hanya dibuka pada awal tahun 1970-an.[2]




[1]Nordin Hussin, “ Jengka 1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),43
[2] Temuramah dengan Encik Othman Abdullah pada 12 Mac 2014.

SEJARAH FELDA JENGKA 1





OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
 Foto 1- Kawasan perkampungan Felda Jengka 1
Foto 2- Sekolah Agama Rakyat Felda Jengka 1 (Foto sumbangan Ani Nurul Asmira Abdullah)
Tanah Rancangan Felda Jengka 1 terletak dalam daerah Maran dan rancangan pembangunan wilayah ini telah dibangunkan pada tahun 1966. Seramai 545 keluarga peneroka yang terdiri daripada 538 keluarga Melayu dan 7 India telah ditempatkan  di tanah rancangan ini bermula dari bulan Mei 1970.[1]Bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka peringkat rendah, maka Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1 ditubuhkan pada 5 Ogos 1970. Sekolah rendah ini merupakan sekolah rendah pertama dibuka di tanah rancangan Felda Jengka. Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 atau nama ringkasnya SK (Felda) Jengka 1, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 1.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 memiliki 141 pelajar lelaki dan 139 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 280 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.[2]


[1] Nordin Hussin, Jengka 1966, (Kuala Lumpur: Federal Land Development Authority FELDA, 2001),43.
[2] Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 1, http://ms.wikipedia.org/wiki, (diakses pada 1 Februari, 2015).