Anggota polis mengeluarkan mayat dua beradik dari lubang dipenuhi air di kawasan pembinaan di Felda Chini 5 kelmarin.
PEKAN – Dua beradik yang dilaporkan hilang Jumaat lepas ditemui mati lemas di dalam sebuah lubang yang dipenuhi air di kawasan pembinaan Dewan Semai Bakti, Chini 5 dekat sini petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, mayat Muhamad Sharul Nizam Malik, 9, dan adiknya Muhammad Hasni, 6, ditemui tertiarap di dalam lubang cerucuk itu kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada pukul 6.30 petang.
“Mayat dua beradik itu ditemui 24 jam selepas dilaporkan hilang dari rumah mereka pada jam 6 petang Jumaat lalu,” katanya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4CmAhtBPk Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan