Jumaat, 29 Julai 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah 0 - 0     Johor Darul Ta'zim II
Sarawak          0 - 2     T-Team
Melaka United            0 -1     Felda United

                             m-88 Shukor Adan  

Rabu, 27 Julai 2016

Sukan keluarga Felda Cahaya Baru

ARKIB : 03/03/1998
Menyedari hakikat ini, penduduk Felda Cahaya Baru, Masai mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk di kawasan tersebut.

Baru-baru ini, 500 orang menyertai sukan keluarga anjuran UMNO cawangan dan tabika Cahaya Baru bagi mengeratkan silaturahim keluarga rancangan Felda berkenaan.

Ini merupakan kali pertama penduduk bergabung tenaga untuk mengadakan majlis seumpama itu bagi memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk.

Berbagai-bagai acara diadakan untuk kanak-kanak seperti menyusun huruf, memadankan angka dengan nilai, mencari barang dalam tepung, meniup belon, mengisi air dalam botol dan kerusi muzik.

Kaum ibu dan bapa juga memeriahkan lagi sukan keluarga berkenaan dengan menyertai acara tarik tali, lari dalam guni, mencari barang, masakan dan gubahan, menganyam ketupat, mencucuk jarum dan mengupas kelapa.

Pada majlis itu juga diadakan penyampaian sijil-sijil kepada kanak-kanak tabika oleh Ketua UMNO Cawangan Felda Cahaya Baru, Mohd. Nasir Abdul Rahman, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Mohd. Nasir berkata, tujuan diadakan sukan keluarga itu adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan di kalangan para penduduk yang bilangannya agak besar.

''Kami akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan kerana ia ternyata boleh menimbulkan kesan mendalam di kalangan keluarga peneroka di sini,'' ujarnya.

Oleh: MOHAMAD ALI ISMAIL

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_10.htm#ixzz4FcAlQgfx © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 10 Julai 2016

SEJARAH PEMBUKAAN FELDA JENGKA 3

SEJARAH PEMBUKAAN FELDA JENGKA 3 SIRI 1
Oleh Ahmad Yaakob
R&D Sejarah Felda Jengka 3 merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang saya jalankan untuk memenuhi tugas R&D Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Jengka 2.
 PINTU GERBANG MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KE FELDA JENGKA 3
FELDA JENGKA 3 MENGHARGAI PENGUNJUNG YANG DATANG
Felda Jengka tiga merupakan salah sebuah Felda yang terletak di dalam daerah Maran. Jengka Tiga di beri nama Felda Seri Dahlia . Felda Jengka tiga ditubuhkan pada tahun 1967 / 1968. Felda ini mempunyai kawasan tanaman seluas 1768.01 hektar manakala kawasan kampung pula seluas 130.50 hektar. Felda ini dibangunkan pada 1970 dan pada 1971 para peneroka mula membina penempatan sendiri.

              Dasar kemasukan peneroka ke Felda Jengka 3 sama seperti syarat kemasukan peneroka ke Felda lain. Peserta rancangan Felda Jengka 3 yang digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

       Felda ini mempunyai empat peringkat iaitu peringkat satu mempunyai 116 orang, peringkat dua mempunyai 197 orang, peringkat  tiga mempunyai 95 orang dan peringkat empat 22 dan jumlah penduduk Felda Dahlia ialah 430 orang, di mana 429 orang ialah Melayu dan sekeluarga India. Di Felda Dahlia terdapat penduduk asal Negeri Pahang iaitu seramai 165 orang dan daripada negeri lain seperti Selangor seramai 70 orang, negeri Kedah 67 orang,  negeri Kelantan 65 orang, negeri Perak 37 orang dan negeri-negeri lain pula 26 orang.Hasil usaha yang gigih seramai 430 peneroka telah berjaya menerima surat hakmilik mereka.Orang Melayu Kelantan merupakan etnik ketiga yang paling ramai menjadi peneroka di Felda Jengka 3.




Selasa, 5 Julai 2016

3,000 pelita sinari FELDA Panching Utara [METROTV]

 
Kuantan: Suasana malam di FELDA Panching Utara di sini, ceria dengan limpahan cahaya pelita buluh menerangi sepanjang laluan utama tanah rancangan berkenaan hasil kesepakatan penduduk yang mahukan suasana lebih meriah menjelang Aidilfitri.

Sebanyak 3,000 pelita buluh atau turut dikenali sebagai pelita panjut dipasang di kiri dan kanan laluan utama bermula dari jalan masuk hingga ke hujung FELDA berkenaan sejauh tiga kilometer sepanjang malam bermula 30 Jun lalu.

Lebih meriah apabila program pemasangan pelita panjut itu dilaksanakan secara bergotong-royong membabitkan 30 penduduk pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda.

Penyelaras program Amir Sulaiman berkata, 20 pemuda kampung berkenaan diberi tanggungjawab mengisi minyak tanah ke dalam pelita panjut serta menyalakannya setiap malam bermula jam 8 malam.

“Program ini bertujuan mewujudkan suasana ceria di FELDA ini sempena menyambut kedatangan Aidilfitri selain mengeratkan hubungan antara penduduk,” katanya.

Katanya, program julung kali ini turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pengurusan FELDA serta UMNO Bahagian Paya Besar.

“Kami bercadang untuk menjadikan ia program tahunan hasil sambutan luar biasa diterima,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 10:09 AM

Sabtu, 2 Julai 2016

Tunku Azizah sertai rakyat berbuka puasa

Baginda turut bergotong-royong masak bubur lambuk
SALEHUDIN MAT RASAD  |  24 Jun 2016 12:45 AM
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan sumbangan
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dalam majlis berbuka puasa di Padang Felda Hulu Jempol, Maran, Pahang, semalam.
MARAN 23 Jun - Kira-kira 200 orang menyertai Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak 30 periuk bubur lambuk sempena majlis berbuka puasa bersama baginda di padang Felda Hulu Jempol, di sini semalam.
Acara memasak bermula pukul 3 petang itu menghasilkan lebih 6,000 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.
Tunku Azizah Aminah Maimunah menyifatkan acara memasak bubur lambuk pada bulan Ramadan sebagai pengalaman istimewa dan menyeronokkan.
Titah baginda, penggunaan bahan segar, bersih dan mencukupi ketika menyediakan juadah berkenaan adalah penting bagi menjamin keenakan serta mengekalkan aroma yang menyelerakan.
“Saya kagum dengan semangat kerjasama penduduk yang bergotong-royong memasak bubur lambuk tradisional Pahang menggunakan pelbagai bahan seperti daging dan ayam,” titah baginda pada majlis berkenaan.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd.Muttalib; ADUN Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail dan ADUN Luit, Nurhidayah Mohd. Shahaimi.
Dalam pada itu, Shahaniza berkata, Tengku Puan Pahang yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang masakan tradisional Pahang berkongsi kepakaran baginda dengan membantu memasukkan bahan penting dalam masakan bubur lambuk yang menjadi kegemaran rakyat pada bulan Ramadan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komuniti dan Multimedia negeri berkata, kesediaan baginda memasak bubur lambuk dan berbuka puasa dengan juadah itu di padang awam Felda Hulu Jempol menjadi kenangan manis kepada rakyat.
“Baginda tidak kekok berbuka puasa bersama rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di kawasan lapang secara santai,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/tunku-azizah-sertai-rakyat-berbuka-puasa-1.346338#sthash.44b2uELn.dpuf